rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Friday, July 30, 2010

Jualan di Jumbo Sale CKUB

Hari Rabu lepas, 28 Julai 2010, kami telah menyertai Jumbo Sale CKUB di Menara Tun Ismail Mohd Ali (bersebelahan Medan Mara). Alhamdulillah, kami menerima sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung yang nampaknya begitu berminat dengan lolichoc yang berwarna warni. Mujur sempat ambil gambar sekeping. Lolichoc sangat laris pada hari tersebut.

Terima kasih kepada pengunjung dan pembeli. Kalau sedap, boleh beli lagi  ;)



Produk yang dijual pada hari tersebut : Lolichoc, jambangan lolichoc, coklat Oreo (berwarna dan edible image), kerepek bawang dan biskut bercoklat Apollo (gambar kanan atas).


* Sekiranya anda berminat untuk membeli biskut bercoklat Apollo, sila hubungi kami seminggu lebih awal. Produk tersebut amatlah sesuai untuk dihidangkan sebagai kuih raya. Ada kelainan kan? ;)

Produk Terbaru!

Produk terbaru dari kami....sesuai untuk dibuat hantaran, atau hadiah harijadi, hadiah konvo, anniversary, macam-macam lagilah.

Gubahan 15 kuntum/batang lolichoc bunga ros campuran pelbagai perisa (plain, strawberry dan orange) di dalam sebuah bakul saiz kecil


Berminat untuk menghadiahkannya buat yang tersayang? Jangan segan silu...hubungi kami segera! (^_^)~

Monday, July 5, 2010

Tempahan-tempahan yang telah diterima

Tempahan daripada Marinee


Tempahan daripada Fajariah

Chocolate box daripada Kak Linda untuk Kak Sue

Tempahan daripada Annuryani