rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Thursday, August 26, 2010

Upin Ipin nak raye!

Coklat dengan edible image Upin dan Ipin.


Comel kan?
Harga masih RM1.80 sekeping.
Boleh bagi anak-anak buah masa raya nanti ;)

Coklat timbang

Oppsss....bukan beli timbang kat kedai-kedai ye.
Kami menyediakan coklat dengan bentuk biji kopi.
Boleh ditimbang.


*Gambar kurang jelas. Maaf.*

Kalau macam gambar kat atas ni, beratnya 130gm (100 biji)
Harga RM1.80.

Kami juga menyediakan coklat macam ni dengan berat 50g (lebih kurang 40 biji).
Harga RM 1.50 (termasuk riben, sesuai untuk doorgift majlis perkahwinan).
Packaging lain, tapi lupa nak ambil gambar pulak.
Dah ada gambar nanti kami upload cepat-cepat ^_^

Chocolate Box - Love (kecil)

Chocolate box bentuk hati dengan corak reben.
Boleh muat 3 biji praline (kalau nak letak).



Solid dan plain.
Takde kacang, plain choc.
Corak boleh berubah.
Kalau tambah perasa guna hazelnut paste, harga up sikit.
Sikit je....tak banyak. ;)

Monday, August 23, 2010

Cashew Biscuit Apollo

Produk ini adalah keluaran Apollo. Sekiranya anda ingin menempah, sila maklumkan seminggu lebih awal untuk urusan penghantaran.



Biskut bersalut coklat keluaran Apollo.
Harga seunit : RM 10.00
Saiz : Saiz bekas plastik biasa yang selalu orang buat tapau makanan tu.


Produk ini boleh diperolehi sepanjang tahun. Tapi untuk raya nanti sesuai juga dihidangkan sebagai kuih raya. Budak-budak mesti suka! 

Door Gift Dinner VF

Kami menerima tempahan 200 keping coklat oreo dengan edible image yang direka dan ditempah khas bagi majlis makan malam Virtualfriends.net pada 7 Ogos lalu. Dua design telah disiapkan.....100 keping bagi setiap design.

Coklat Oreo yang telah siap dan sedia untuk dihantar.


Zoom in : Sebelah kiri bertulis maklumat majlis. 
  Sebelah kanan bertulis nama peserta @ ahli VF yang akan hadir.


Ramai yang puji coklat oreo ni sedap (dan cantik sampai sayang nak makan!). Terima kasih di atas tempahan dan maklum balas tersebut.

Bagi pakej seperti ini :
1. Harga bagi sekeping coklat Oreo = RM 2.20 (mahal sikit sebab kos upah design dan tempah printing)
2. Harga kotak SAHAJA = RM 1.80 satu.

Berminat? Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut. :)

Sunday, August 22, 2010

Chocolate Box

Gambar-gambar di bawah adalah tempahan chocolate box yang telah kami terima. Dibuat sepenuhnya menggunakan coklat (coklat solid, tiada kacang atau perasa). 



Tulisan tangan dan bunga menggunakan white chocolate.

Chocolate box ni boleh muat 2 biji praline seperti gambar di atas.

Tempahan sempena Hari Ibu

Packaging untuk Chocolate Box


Sesuai dijadikan hadiah buat yang tersayang ;)