rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Thursday, August 26, 2010

Upin Ipin nak raye!

Coklat dengan edible image Upin dan Ipin.


Comel kan?
Harga masih RM1.80 sekeping.
Boleh bagi anak-anak buah masa raya nanti ;)

Coklat timbang

Oppsss....bukan beli timbang kat kedai-kedai ye.
Kami menyediakan coklat dengan bentuk biji kopi.
Boleh ditimbang.


*Gambar kurang jelas. Maaf.*

Kalau macam gambar kat atas ni, beratnya 130gm (100 biji)
Harga RM1.80.

Kami juga menyediakan coklat macam ni dengan berat 50g (lebih kurang 40 biji).
Harga RM 1.50 (termasuk riben, sesuai untuk doorgift majlis perkahwinan).
Packaging lain, tapi lupa nak ambil gambar pulak.
Dah ada gambar nanti kami upload cepat-cepat ^_^

Chocolate Box - Love (kecil)

Chocolate box bentuk hati dengan corak reben.
Boleh muat 3 biji praline (kalau nak letak).



Solid dan plain.
Takde kacang, plain choc.
Corak boleh berubah.
Kalau tambah perasa guna hazelnut paste, harga up sikit.
Sikit je....tak banyak. ;)

Monday, August 23, 2010

Cashew Biscuit Apollo

Produk ini adalah keluaran Apollo. Sekiranya anda ingin menempah, sila maklumkan seminggu lebih awal untuk urusan penghantaran.



Biskut bersalut coklat keluaran Apollo.
Harga seunit : RM 10.00
Saiz : Saiz bekas plastik biasa yang selalu orang buat tapau makanan tu.


Produk ini boleh diperolehi sepanjang tahun. Tapi untuk raya nanti sesuai juga dihidangkan sebagai kuih raya. Budak-budak mesti suka! 

Door Gift Dinner VF

Kami menerima tempahan 200 keping coklat oreo dengan edible image yang direka dan ditempah khas bagi majlis makan malam Virtualfriends.net pada 7 Ogos lalu. Dua design telah disiapkan.....100 keping bagi setiap design.

Coklat Oreo yang telah siap dan sedia untuk dihantar.


Zoom in : Sebelah kiri bertulis maklumat majlis. 
  Sebelah kanan bertulis nama peserta @ ahli VF yang akan hadir.


Ramai yang puji coklat oreo ni sedap (dan cantik sampai sayang nak makan!). Terima kasih di atas tempahan dan maklum balas tersebut.

Bagi pakej seperti ini :
1. Harga bagi sekeping coklat Oreo = RM 2.20 (mahal sikit sebab kos upah design dan tempah printing)
2. Harga kotak SAHAJA = RM 1.80 satu.

Berminat? Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut. :)

Sunday, August 22, 2010

Chocolate Box

Gambar-gambar di bawah adalah tempahan chocolate box yang telah kami terima. Dibuat sepenuhnya menggunakan coklat (coklat solid, tiada kacang atau perasa). 



Tulisan tangan dan bunga menggunakan white chocolate.

Chocolate box ni boleh muat 2 biji praline seperti gambar di atas.

Tempahan sempena Hari Ibu

Packaging untuk Chocolate Box


Sesuai dijadikan hadiah buat yang tersayang ;)



Friday, July 30, 2010

Jualan di Jumbo Sale CKUB

Hari Rabu lepas, 28 Julai 2010, kami telah menyertai Jumbo Sale CKUB di Menara Tun Ismail Mohd Ali (bersebelahan Medan Mara). Alhamdulillah, kami menerima sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung yang nampaknya begitu berminat dengan lolichoc yang berwarna warni. Mujur sempat ambil gambar sekeping. Lolichoc sangat laris pada hari tersebut.

Terima kasih kepada pengunjung dan pembeli. Kalau sedap, boleh beli lagi  ;)



Produk yang dijual pada hari tersebut : Lolichoc, jambangan lolichoc, coklat Oreo (berwarna dan edible image), kerepek bawang dan biskut bercoklat Apollo (gambar kanan atas).


* Sekiranya anda berminat untuk membeli biskut bercoklat Apollo, sila hubungi kami seminggu lebih awal. Produk tersebut amatlah sesuai untuk dihidangkan sebagai kuih raya. Ada kelainan kan? ;)

Produk Terbaru!

Produk terbaru dari kami....sesuai untuk dibuat hantaran, atau hadiah harijadi, hadiah konvo, anniversary, macam-macam lagilah.

Gubahan 15 kuntum/batang lolichoc bunga ros campuran pelbagai perisa (plain, strawberry dan orange) di dalam sebuah bakul saiz kecil


Berminat untuk menghadiahkannya buat yang tersayang? Jangan segan silu...hubungi kami segera! (^_^)~

Monday, July 5, 2010

Tempahan-tempahan yang telah diterima

Tempahan daripada Marinee


Tempahan daripada Fajariah

Chocolate box daripada Kak Linda untuk Kak Sue

Tempahan daripada Annuryani




Tuesday, June 8, 2010

Coklat untuk semua

Terima kasih kepada pengunjung sekalian. Chokollis ni baru saja beroperasi secara kecil-kecilan dari rumah kami di Cheras. Setakat ni alhamdulillah, sambutan yang menggalakkan diterima daripada keluarga, kawan-kawan, kawan kepada kawan-kawan (dan bos2 jugak tau!). Hehehe....

Sekiranya anda berminat nak menempah dengan kami untuk diri sendiri, keluarga, rakan2, yang tersayang, atau untuk apa-apa majlis, jangan segan silu hubungi kami. Kami jamin anda akan berpuas hati.

Silakan berjalan-jalan di blog ini ye. Cara-cara untuk menghubungi kami boleh anda dapatkan di panel kanan blog ini. Jumpa lagi! (^_^)

ps. : Kami sentiasa mencari idea baru untuk mengembangkan lagi Chokollis. Jadi sentiasalah berkunjung ke sini untuk mendapatkan perkembangan terbaru dan produk terkini daripada kami.